hihihi, bila duk sorang2 mula la berazam nk wat itu ini utk suami...wat balik keje bukan main byk lg tp malas nk buat, lgpn mcm xbest wat keje sorang2, bese wat keje berteman, hubby wat keje dia n aku wat keje aku tp sambil2 wat keje sambil borak2, baru best...so sambil duduk saje2 ni aku google la benda yg berfaedah skit utk improve skill as a mrs mokhtar ab manap hehehe...so jom tgk ape yg best tu...
petua utk lebih d sayangi suami
1) Sempatkan diri anda menyapa suami ketika anda atau dia mahu ke pejabat atau hubunginya melalui telefon di pejabatnya dan katakan bahawa anda akan merinduinya sepanjang hari itu. Ciuman kasih juga boleh diberikan kepada suami sebelum dia melangkah ke tempat kerja.
(yg ni mmg dh practic lama dh)
2) Ungkapkan rasa cinta anda dengan pelbagai cara unik. Misalnya, kirimkan pesan cinta singkat melalui SMS di telefon bimbit atau emelnya. Atau, selitkan pesanan “Selamat makan, sayang” dalam bekalan makanan tengaharinya jika anda membekalkan makanan tengahari dari rumah untuk suami.
(yg ni bese klu dia g outstation je, klu ada kat umah mmg xpernah wat pn huhuhu)
3) Sesekali, buat janji makan tengahari bersamanya secara spontan. Ajak dia ke restoran tempat pertama kali anda makan berdua ketika bercinta dahulu (kalau tempat itu masih di daerah tempat anda tinggal sekarang).
(klu nk g tmpt 1st time makan kene g utp la, xsempat sampai klu nk g lunch lepas keje...jauhh tuuu)
4) Biarkan dia membantu pekerjaan anda. Jangan lupa ucapkan terima kasih setelah itu, lalu pujilah usahanya membantu anda.
(membantu masak kat dapur blh la tp lepas tu aku penat nk kemas balik dapur tu, ucap time kasih tu blh try kot nnt)
5) Sesekali ajak dia menonton wayang di pawagam. Biarkan dia yang menentukan filem apa yang mahu ditonton. Memberi pujian dengan mengatakan bahawa dia pun sehebat hero dalam filem itu. Sebutkan beberapa kebaikannya yang membuat anda sangat menyintai dan menyayanginya, walaupun mungkin wajahnya tidak sekacak hero dalam filem yang anda tonton itu.(wahaha yg ni lucu, bese dia yg duk ajak aku tgk wayang...aku aku puji 'abg ni sehebat hero dlm filem la' bkn dia je tp ngn aku2 skali gelak sama)
6) Jika dia merancang mahu menonton siaran langsung sukan kegemarannya di kaca TV pada tengah malam, sediakan makanan ringan kesukaannya. Esok pagi, tanyakan berapa gol atau skor yang diperoleh oleh pasukan kesukaan. Biar suami menyedari sikap prihatin anda terhadapnya atau sekurang-kurangnya dia dapat merasakan betapa anda begitu menghargainya.
(blh try kot tp hubby xsuke rancangan sport, dia lg suke kalu tanya pasal perkembangan keje dia kot :p)
7) Tidak perlu menunggu hari ulang tahunnya untuk memberikan hadiah. Berikan kejutan berupa hadiah-hadiah kecil seperti aksesori kereta, tali leher atau kaset penyanyi atau group band kegemarannya.
(baikkk, nnt bg dia hadiah yg best :)))
8) Tertawalah ketika mendengar gurauannya, atau menyanyilah bersamanya biarpun suaranya terdengar sumbang.
(yg ni dia xwat lucu pn aku gelak gak...isteri yg periangla katakan)
9) Berusahalah bergaul dengan para sahabatnya. Anggap dia seperti teman anda sendiri. Jika mereka menceritakan kisah nostalgia masa lalu, dengarkan bersungguh-sungguh, meskipun anda sudah mendengar cerita-cerita itu.
(dh slalu sgt dgr...tp xpe...dgr lg la smpi dia letih nk cite)
10) Simpan gambarnya di dompet anda.
(b4 kawin dlu lg gambar dia ada dlm dompet sampai la dh ada anak hehehe)
No comments:
Post a Comment