dh lama betul xshare resipi...yela nak wat camne sejak bdk tomato ada mmg susah nk masak kecuali time dia tgh main ngn abah dia, blh la ibu dia menyelit kat dapur kejap...tp jgn xtau plk kang tgh syok2 ibu dia duk masak, tgk2 ada la sorang bdk duk tersengeh kat depan peti ais sambil pintu peti ais terbukak hehehe
last week hubby teringin nak makan mee rebus, aku plk mcm biasala kalu benda tu aku xbrapa suka makan, aku mmg xreti nk masak...so hubby beli je kat gerai depan jln betul2 kat depan lorong nk masuk umah aku...dia ckp xbrapa sedap tp ok la...dia duk sebut 2 3 hari la jgk pasal dia nk makan mee rebus tu...so aku pun tanya la member2 (siap tanya kat facebook lagi huhuhu) so bila dh tau sedikit sebanyak barang2 yg diperlukan aku pun terus pg giant keesokkan harinya utk pg beli barang2 nk wat mee rebus...sib baik ubi keledek yg hubby beli kat kg gombak tu ada lg so xyah la susah payah nk g cari lg...jom tgk resipi dia
bahan2:
- 1 peket mee kuning (dicelur)
- * 2 ketul ubi keledek (saiz: sederhana) - direbus terlebih dahulu
- * 1 peket udang kering (rm3++ kat giant ada)
- * 10 tangkai cili kering (nk pedas lg sila la tambah lg ye)
- * 3 batang serai
- * 2 ulas bawang putih
- * 1 ulas bawang besar
- * 1cm halia
- * 1 cm lengkuas
- 10 ekor udang hidup
- 2 keping asam
- garam + gula + serbuk perisa
bahan2 hiasan:
- 3 keping tauhu (digoreng + dipotong)
- 2 biji telur rebus
- 1 biji limau kasturi
- 2-5 tangkai cili padi
- taugeh (direbus)
cara2:
1. kisar kesemua bahan * hingga lumat
2. panaskan minyak + masak hingga bahan kisar menjadi garing
3. masukkan 2 mangkuk air (bergantung pd tahap kepekatan yg anda suka)
4. tunggu hingga mendidih n masukkan asam, garam, gula n serbuk perisa
5. apabila kuah sudah masak, celur mee kuning hingga lembut
6. hiaskan dengan isi ayam, taugeh celur, telur rebus, tauhu goreng n limau kasturi
siap!
emmm...lazatnyeeee...sedappnya...kata suami la hehehe |
mula2 aku rasa takut nk makan sbb takut xjd, tp bila tgk hubby makan dengan berselera mmg aku pun makan jugak la hehehe, hubby kata kuah dia sedap...kembang betul idung isteri mu bila dipuji begitu hahahaha...tq pada kawan2 yg menyumbangkan resipi ini, resipi ni aku makan berdua je tp ada lebih lg, so esoknya pun blh lg makan...sambil2 minum petang...selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment