Sebelum aku menjadi ibu
Aku tidak pernah tersandung kaki pada mainan atau menghafal lagu2 budak.
Aku tidak pernah merasa risau kalau2 tanaman aku beracun
Aku tidak pernah terpikir untuk mengambil imunisasi.
Sebelum aku menjadi ibu
Aku tidak pernah dimuntahkan susu
Aku tidak pernah diberakkan atau dikencingkan
Aku tidur dengan nyenyak semalaman.
Sebelum aku menjadi ibu
Aku tidak pernah memegang seorang anak yang menangis kerana doctor memberi suntikan atau melakukan pemeriksaan
Aku tidak pernah rasa ingin menangis sama jika melihat bayi menangis
Aku tidak pernah rasa sebegini bahagia bila melihat bayi aku menyeringai atau tersenyum kecil kepada aku
Aku tidak pernah duduk tegak berlama-lama melihat bayi aku tidur nyenyak
Sebelum Aku menjadi ibu
Aku tidak pernah memegang seorang bayi yang tidur begitu lama hanya kerana aku tidak mahu meletakkannya
Aku tidak pernah tahu bahawa sesuatu begitu kecil mampu mempengaruhi hidup aku begitu banyak.
Aku tidak pernah tahu bahawa aku mampu mencintai bayi ini begitu banyak.
Aku tidak pernah tahu bahawa aku suka sekali menjadi ibu
Sebelum aku menjadi ibu
Aku tidak pernah merasa mempunyai jantung hati diluar badan
Aku tidak pernah tahu bagaimana istimewa dan bahagianya dapat merasa untuk memberi makan kepada bayi yang lapar
Aku tidak pernah tahu mengenai ikatan itu di antara seorang ibu dan anaknya.
Aku tidak pernah tahu bahawa sesuatu begitu kecil mampu memberi aku merasai kepentingan dan kebahagiaan
Sebelum aku menjadi ibu
Aku belum pernah bangun ditengahmalam setiap 10 minit untuk meyakinkan semuanya ok.
Aku belum pernah mengetahui kehangatan, kegembiraan, cinta, dukacita, kekaguman atau kepuasan hati menjadi ibu .
Aku tidak tahu aku mampu merasai semua ini sebelum aku menjadi ibu…
Tp kini aku seorang ibu...
Tq Allah kerana memberiku kesempatan bergelar seorang ibu...
p/s: i love my mama so much...n as ibu i also love mybaby, Muhammad Mizan Nurhakim so much :))
p/s:
No comments:
Post a Comment