Anak ibu syg

ibu syg sgt anak ibu, Muhammad Mizan Nurhakim

Saturday, August 25, 2012

Al-Fatihah buat Ayah Su

ciksu & ayah su
semalam, kul 9mlm ayahsu telah kembali ke rahmatullah mengadap ilahi...aku tersangat terkejut dgn berita itu...diusia 48thn, bg ku usia yg muda beliau telah dijemput Allah swt Tuhan sekalian alam...smlm aku tergamam & berderau darah bila mama call n inform ayahsu dh xde...arwah dh sakit sejak seminggu sebelum raya iaitu sama waktu dgn aku bersalin...pd mulanya kami ingat sakit biasa je sbb ciksu kata dia xleh bgn lepas minum air tuak so kami ingat benda tu mungkin keracunan maklumla bulan2 puasa camni PARAM mmg jual benda2 yg kadang2 tercemar, tp lepas adikku g melawat arwah ternyata arwah sakit kuat...sejak aku balik berpantang kat sini, aku xsempat nk melawat arwah d sebabkan dlm pantang n mmg aku plan lepas pantang 40hari aku nk melawat arwah sbb arwah adalah bapa saudara yg paling rapat dgn ku walaupun hanya bapa saudara sabit, namun aku mmg rapat dgn arwah & keluarga...hubby jgk xsempat nk melawat arwah memandangkan raya ke-3 dia dh balik kl sbb raya ke-4 dh start keje...mmg rasa terkilan sgt...

pg raya ke-3, my parents n adik menemani ciksu ku menghantar ayahsu ke klinik, memandangkan tekanan darah arwah pd masa tu dh 200++ doc menasihatkan agar ayahsu terus dihantar ke hospital.pd mulanya ciksu nk refer ke kbmc tp setelah berbincang dgn ahli keluarga, semua sarankan agar refer je ke hospital besar raja zainab 2 memandangkan 2pupu ku kak mawar & suaminya, abg nizam merupakan doc pakar kat sana...setelah dimasukkan ke wad beberapa hari ayahsu menghembuskan nafas yg terakhir smlm...

arwah byk berjasa...byk kawan n sgt mudah utk menghulurkan bantuan pada sesiapa saja...secara peribadi, arwah jg byk membantu aku & suami...sewaktu kami dibebani masalah yg terlalu berat, arwah sanggup menghulurkan bantuan & begitu take care pd kami walaupun aku hanya anak sedara sabit saja...& salah satu punca aku menjadi seorang guru pun sebenarnya adalah dari arwah. sewaktu aku menunggu posting keje dari petronas dlu, arwah lah yg membawa aku menjadi seorang guru ganti dimana selepas tu aku mmg betul2 minat menjadi guru & mengambil keputusan utk memilih bidang yg lain dari apa yg aku belajar d utp dlu sebagai kerjaya aku. sesungguhnya aku amat terhutang budi pd arwah

smlm, dari saat aku dgr berita pemergian ayahsu, aku xdpt tdo sbb asyik teringat pdnya...aku teringin nk melawat & melihat ayahsu buat kali terakhir tp myparents menasihatkan agar aku berada d rumah memandangkan aku masih dlm pantang. hubby pun terkejut & xmenyangka arwah pergi terlalu cepat...kami hanya mampu sedekahkan al-fatihah utk arwah & aku berharap agar arwah ditempatkan dikalangan org2 yg soleh...amin

ayahsu & ciksu yg merupakan seorang guru yg berwibawa

kenangan...saat2 manis bersama arwah & keluarga d majlis akad nikah kami march 2009

semoga roh ayah su dicucuri rahmat Yg Maha Esa